Tuesday, September 1, 2009
Saturday, August 22, 2009
OTAK PINTAR LELAKI
Berbalik kepada tajuk, kenapa saya katakan otak pintar lelaki? Pendapat saya adalah, lelaki merupakan buaya daratan yang akan menggunakan pelbagai helah dan tipu muslihat bagi melimpah ruahkan janji palsu kepada wanita. Tuan puan patut lupakan kisah sang kancil dan buaya kerana itu hanya cita dongeng lapuk semata mata. Berbalik lagi kepada topik, otak lelaki ini tidak akan berhenti berkembang melainkan satu sebab yang pasti iaitu mati. Berbalik lagi dan lagi kepada situasi semasa, di akui bahawa IPTA sekarang dibanjiri kaum hawa iaitu sekitar 70% dan jalan raya turut dibanjiri kereta oleh kaum mereka. Tetapi secara halusnya, walau kaum hawa nampak seakan berkuasa dengan menggunakan otak pintar, tetapi mereka tidak akan berupaya mengembangkan sel sel neuron apabila 1) tamat pengajian paling tinggi peringkat ijazah dan 2) berkahwin. Ini kerana, selepas melalui dua fasa ini, mereka akan berada dalam arus perolakan dimana mereka seakan paranoid untuk meneruskan pengajian disebabkan harga diri yang semakin tinggi untuk dikejar oleh pihak lelaki. Jikalau mereka meneruskan juga, maka kehidupan mereka ibarat pasar basah dimana kehidupan mereka boleh ditawar menawar.
Mengapa saya berkata begitu. Ini adalah disebabkan kepintaran kaum lelaki. Umum sedia maklum, barang sedikit mahal harganya. Begitu jugalah dengan lelaki. Lelaki tergolong dalam kategori barang mahal, sedikit tapi berkualiti tinggi. Manakala perempuan adalah dalam kategori barang sederhana, bersepah dan kualiti tidak lepas SIRIM. Hahaha. Maaf ye. Bila terjadi situasi begini, kaum lelaki akan mempunyai kuasa beli yang lebih dan disinilah terletak kebijaksaan kaum lelaki. Dengan menggunakan ayat tawaran “take it, or leave it”, tentulah menimbulkan kegundahan hati kepada kaum perempuan. Maka dengan itu, sepintar mana perempuan, pintar lagi lelaki. Perempuan tidak akan maju jika perkara sebegini tidak dapat diatasi, kerana institusi kelakian semakin bijak dan genius walau tidak memasuki univ.
Thursday, August 20, 2009
10 Alasan Kenapa Dilarang Bercinta Dengan Suami Orang

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Kisah Benar:Ditipu Buaya Darat
SAYA balu berusia 27 tahun dan ada seorang anak. Arwah suami saya meninggal dua tahun lalu akibat penyakit asma. Sebagai manusia biasa saya reda dengan ujian Allah ini dan sedaya upaya membina kehidupan sendiri selepas kematian suami.
Saya ada niat untuk mencari pengganti demi kebaikan anak dan saya sendiri tapi malangnya saya selalu berjumpa dengan orang yang salah. Baru-baru ini saya berkawan dengan seorang lelaki. Permulaan perkenalan dia bersungguh untuk memperisterikan saya. Walaupun tahu dia sudah beristeri, kasih sayang yang mendalam terhadapnya menyebabkan saya selalu memberi bantuan kewangan kepadanya.
Satu hari dia memberitahu yang dia benar-benar ingin mengambil saya sebagai isteri tetapi usahanya untuk mengumpul wang kahwin kami sering gagal. Dia minta bantuan saya untuk membuat pinjaman bank.
Saya memberinya syarat jika dia benar-benar ikhlas, temukan saya dengan isterinya untuk saya memastikan isterinya memberi persetujuan. Saya dipertemukan dengan isterinya dan memang benar isterinya ikhlas menerima saya sebagai madunya.
Saya kemudian membuat pinjaman bank dan memberi semua wang itu kepada kekasih saya untuk belanja perkahwinan kami. Bagaimanapun, dengan tiba-tiba dia memberitahu yang dia ada masalah kesihatan dan sejak itu dia seolah-olah semakin dingin serta cuba menjauhkan diri daripada saya.
Mungkin Tuhan hendak tunjukkan, satu hari seorang rakan memberitahu siapa kekasih saya itu sebenarnya. Rupa-rupanya dia kasanova popular. Dia selalu bertukar pasangan dan banyak hubungan sulit termasuk isteri orang.
Betapa hancurnya hati saya. Lalu saya menemui isterinya untuk kepastian. Isterinya mengesahkan sikap buruk suaminya itu dan memberitahu dia mengizinkan kami berkahwin kerana berharap saya dapat mengubah sikap suaminya menjadi lebih baik.
Malah, dia sendiri tidak menyangka suaminya mempermainkan saya. Hubungan saya dengan isterinya menjadi rapat dan dia sering mengadu masalah berkaitan suaminya kepada saya.
Kini, saya amat tertekan kerana terpaksa menanggung hutang bank sedangkan kekasih saya berseronok dengan wang saya itu. Sebenarnya saya juga sudah terlanjur dengannya kerana terpedaya dengan kata manisnya.
Saya amat menyesal dengan perbuatan saya. Selepas memutuskan hubungan, saya bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah. Namun, keyakinan saya untuk teruskan hidup seolah-olah tiada sekarang.
Wednesday, August 19, 2009
Kita Buat orang,Kita dapat Balik (Iktibar)
Janganlah buat macam ni.. Tak baik.Baca dan hayatilah..
Inikah balasan ku?
hari ini aku terpanggil nak meluahkan ape yang terbuku dlm hati ku..sebelum tu aku seronok membaca masalah keluarga disini, dan akhirnyer…
Minggu lepas , anak dara kesayangan aku telah dicabul..aku tak nak cerita secara detail, kerana terlalu perit untuk aku harungi. Anak aku baru berusia 12 thn, tapi kena cabul dengan orang yang sangat aku percaya, guru mengaji. Hati bapa mana tak gusar, sekarang selepas buat report pada polis dan medical checkup, anak aku dah macam orang hilang ingatan, hysteria. Aku sedih sangat, setiap malam aku berdoa agar pulihkan semangat anak aku dan semoga Allah mengampunkan dosa2 ku yang lalu.
Sekarang aku sedar, apa yang terjadi pada anak aku, adalah dari kesilapan lampau aku.
Dulu aku ada affair dengan seorang gadis berumur 22 thn, 2 tahun dahulu.
Pada awalnyer hanya sebagai kawan dikala aku kesepian. Masa tu aku ada
masalah rumahtangga dgn isteri aku.
Nak dijadikan cerita aku ada buat benda tak elok pada this girl. Aku namakan die Ayu.
Setiap kali dating dengan Ayu, nafsu sentiasa meluap2..tau2 la suami yang dah lama tak diberi MAKAN isteri. Masa tu aku berniat nak tut2 dengan Ayu.Tapi Ayu ni gadis yang baik, even aku nak pegang pun die tak bagi, cium apetah lagi. Aku juga menipu ayu aku adalah duda. Hubungan aku dengan die berjalan lancar selama 5 bulan.
Oleh kerana tak tahan nafsu ku ini, satu hari aku ajak ayu pergi karaoke. Di situ aku dah plan sesuatu. Aku ada memasukkan pil khayal dlm minuman ayu. Lepas aku tengok die high, aku cepat2 bawa die check in di hotel berdekatan. Dek dihasut nafsu yang meluap2, aku bersetubuh dengan ayu tanpa Ayu sedari. Nikmatnyer tak terkata.. Namun selepas menyedari keesokan paginyer, aku menyesal, Ayu pulak menangis sekuat hati..
Dalam keadaan huru hara tu, aku berjanji pada Ayu aku akan bertanggungjawab di atas segala kesalahan aku. Masa tu aku piker nak nikah dengan Ayu, memandangkan hubungan aku dengan isteri dah di ambang maut.
Selepas berjanji dengan Ayu, aku pun menghantar pulang Ayu ke rumah sewa. Sambil Ayu menangis teresak2, Ayu merayu jangan tinggalkan die dalam keadaan mcm ni. Aku berjanji dan bertekad akan tebus kesalahan aku.. Nak nikah jugak dalam masa terdekat.
Nak dijadikan cerita, balik saja rumah, isteriku melayan aku dengan baik sekali, tiba2 aku rasa bersalah yang amat pada isteri, sambil melihat wajah anak2 ku yg masih kecil, aku tak sanggup nak menduakan isteriku.. Aku masih sayang pada isteriku..
Bile terfikir tentang Ayu, aku rase bersalah yg amat pada isteriku..sejak itu isteriku melayan dengan baik, seperti kami bercinta balik. Ingatan aku pada ayu makin pudar. Ayu pula semakin paranoid, apabila aku bersikap acuh tak acuh, kerana aku masih sayang pada keluarga aku. Janji yg aku tabor pada ayu, hanya janji manis saja.
Aku cuba jauhkan diri aku pada Ayu, supaya aku setia pada keluarga aku. Ayu pula makin menekan aku supaya menikah dengan dia walau apa yang terjadi.
Satu hari yang tak disangka, pabila aku pulang kerumah, aku nampak kereta Ayu di depan rumah ku, aku tecari2 Ayu dimana die. Dlm perjalanan menuju ke rumah aku terdengar riuh rendah suara perempuan bergaduh..aku panic, tapi ape yang terjadi aku akan hadapi.
Bila melangkah masuk kerumah, aku lihat Ayu merayu2 melutut depan isteriku, dengan muka bengis isteriku, isteriku ceritakan segalanya. Isteriku memberitahu perempuan gila ini, telah ada menjalin hubungan dengan aku dan die mau aku bertanggungjawab. Ya Allah, aku hampir pitam.
Namun isteriku tak marahkan aku, sebaliknyer menendang dan menampar ayu sepuas puasnye. Aku pula bingung. Dengan lantas aku buat cerita Ayu ni perempuan murahan, sudah pasti selalu main dengan jantan lain. Tanpa rase bersalah aku menarik Ayu dan menghalau die keluar dari rumah.
Menangis Ayu melihat tingkah laku aku, tapi apakan daya, aku tak mahu rahsia aku pecah. Ayu siap bersumpah dgn nama Allah, anak yang dikandungnya adalah hasil kerja keji aku dulu. Ayu pregnant? Aku hampir pengsan lagi.. Dan Ayu juga melafazkan ‘aku benci kau, aku benci kau dan
keturunan kau, aku doakan agar semua keturunan kau mati dirogol’.. Terus Ayu menghilangkan diri.
Selepas kekecohan itu, isteriku face to face dengan aku, siapa Ayu? Aku dengan tenang mengatakan Ayu ni bekas pekerja aku, pernah sakit mental selepas ditinggalkan kekasih lama. Oleh kerana aku selalu mendengar keluhan hati die, die naik syok dengan aku..
Isteriku tak puas hati dengan keterangan aku tapi die siap warning jika benar aku takde ape2
affair dengan Ayu, die maafkan aku, kalau tak die akan minta cerai.
Kerana sayangkan isteri aku bersumpah mmg aku tiada affair dengan Ayu. Keesokkan harinyer, aku cube call Ayu untuk memutuskan hubungan dengan Ayu.
Sebaik Ayu mengangkat telefon terus die hysteria dan menyumpah2 aku… Sumpah yang aku masih teringat2.. ‘aku doakan keturunan kau semua mati kena rogol’..
Semenjak itu, Ayu hilang, dan berita terakhir aku dengar Ayu SUDAH MENINGGAL DUNIA tahun lepas. .
Sekarang bila terfikir balik, adakah ini balasan tuhan kepada aku? Aku menangisi nasib aku, anak2 aku..
Apa harus aku buat? Perlukah aku meminta maaf daripada Ayu, tapi Ayu sudah tiada..
Aku bingung,.. Setiap malam aku buat sembahyang sunat, taubat… Tapi bayangan Ayu selalu hadir dlm minda aku…
Dan paling sedih, perkara sama berlaku pada anak gadisku… Perit.. Sungguh perit..
Komen dari ustaz abuya:
Post tu bukan sekadar cerita, tetapi kisah benar yang baru berlaku.Ia menjadi pengajaran, umpamanya kalau kita tak hendak emak kita, isteri kita, adik perempuan kita, anak perempuan kita…JANGAN BUAT PASAL DENGAN MAK ORANG, BINI ORANG, ADIK PEREMPUAN ORANG DAN ANAK PEREMPUAN ORANG….nanti roda berputar semula yang di atas ke bawah and otherwise. Balasan Allah menunggu kita bila-bila masa tak payah tunggu hari akhirat, di dunia mula dah…’Zoharol fasadu fil barri wal bahri bima kasabt aydinnas liyuzeeqohum ba’dholladzi ‘amilu…telah berlaku kerosakan di bumi dan di lautan akibat dari tangan (perbuatan) manusia lalu dibalas atas mereka sebahagian dari azab Allah’… Wallahu’alam..
Golongan Wanita yang mudah ditipu dan terpedaya oleh lelaki
1 .Golongan yang Terlalu Mudah Mempercayai Kepada Lelaki
broken-heartInilah dikatakan cinta itu buta lagi membutakan. Mungkin kerana terlalu sayang wanita meletakan 100% kepercayaan kepada pasangannya. Ini bukan bermaksud untuk anda jangan percaya kepada pasangan anda tetapi biar berpada-pada. Jangan pulak jadi cemburu buta ini lagi susah. Jadi sentiasa menggunakan akal fikiran anda dengan bijak dan mungkin juga hanya perlu mempercayai 90% kepada lelaki.
2. Golongan Wanita yang Terdesak Untuk Berkahwin
Golongan ini bukan nak kata sangap tapi oleh disebabkan usia sudah lanjut jodoh pulak belum sampai. Ini menjadikan wanita mula terdesak untuk berkahwin nanti takut pulak di gelar “Andartu”. Walaupun terdesak untuk mencari pasangan hidup anda perlu lebih berhati-hati dan jangan mudah terpedaya.
3. Golongan Wanita Suka Bersosial
Sosial yang dimaksudkan ialan golongan wanita yang suka berfoya-foya sepert clubbing,parti,disko dan mempunyai pemikiran “Hidup Hanya Sekali” Semua perkara nak dirasa.
4. Golongan yang Tidak Mementingkan Ilmu
Ilmu yang dikatakan ini bukan lah ilmu pelajaran seperti kita belajar di Universiti. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu atau pengetahuan dalam konteks percintaan, perkahwinan dan juga tentang hala tuju kehidupan anda. Menerusi bahan bacaan banyak perkara boleh dipelajari.
5. Golongan Wanita yang Memandang Rupa Paras dan Harta Benda
Ramai golongan wanita mudah untuk jatuh cinta kepada lelaki yang hensem dan kacak atau yang berduit. Tidak salah untuk jatuh hati kepada golongan seperti itu tetapi anda perlu tahu yang anda perlu untuk kena membuat persiapan untuk pertahanan diri anda. Jika dengan lelaki yang tidak hensem pun mudah ditipu inikan pula dengan yang hensem. Nak dibuang sayang nak disimpan sakit.
6. Golongan Wanita yang “Redha”
Walaupun dah selalu makan hati dan dah banyak kali pasangan kantoi curang tetapi tetap mengharapkan pasangan berubah. Bukan setakat makan hati berulam jantung tapi dah sampai makan tangan berulam kaki dah pun tetapi masih redha apa yang terjadi. Menerima seadanya la katakan. Kalau terus redha memang selalu kena tipu la jawabnya
Kenapa Lelaki Menipu
Sedar atau tidak dalam hidup ni mesti ada sekali atau dua atau lebih seorang perempuan ditipu oleh lelaki. Tak pernah?? Hm.. kalau macam tu bagus la tapi walau macam mana pun perempuan kena berhati-hati.
Sudah banyak buku ataupun tips yang telah ditulis berkaitan dengan sifat lelaki menipu, namun begitu kebanyakan daripadanya adalah hanya daripada andaian penulis sahaja dan buku-buku itu ditulis berdasarkan pendapat wanita-wanita yang pernah ditipu. Kali ini saya sendiri akan menyelongkar rahsia di sebalik lelaki dan artikel ini berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai seorang lelaki yang suka menipu dan artikel serta buku-buku lain yang dibaca.
Apa yang membuat lelaki menipu? Seorang kaunselor perkahwinan M. Gary Neuman dalam bukunya “The Truth About Cheating” telah menemuramah sebilangan 200 lelaki yang mengaku seringkali menipu wanita dan yang jujur dengan golongan hawa ini. Dan antara keputusan kajiannya adalah seperti yang berikut:
66% lelaki berasa bersalah dengan penipuan mereka
Bukan semua mereka yang menipu dalam perhubungan itu merupakan golongan yang tidak setia atau sebagainya. Sebilangan besar golongan ini sebenarnya berharap mereka tidak pernah menipu pasangan mereka. Namun begitu mengikut Neuman rasa bersalah seorang lelaki tidak akan menghalang mereka daripada menipu. Hal ini kerana lelaki memang pandai dalam menyembunyikan perasaan mereka. Menurut Neuman lagi, “lelaki dapat memendamkan perasaan mereka dan mereka dapat berlakon dengan baik di hadapan wanita”. Jadi walau bersumpah macam mana pun seorang lelaki mengatakan dia tidak menipu, janganlah menganggap bahawa ia tidak mungkin terjadi!
77% lelaki yang menipu berkawan baik dengan lelaki yang suka menipu
Lelaki yang berkawan dengan lelaki lain yang suka menipu teman wanita mereka secara semulajadi akan terbiasa dengan perbuatan menipu wanita. Bayangkan anda ada membeli pewangi terbaru, pertama kali memakainya bau minyak wangi tersebut semerbak harumnya. Namun, setelah beberapa ketika baunya akan hilang. Adakah keharuman minyak wangi itu sudah hilang? Tidak! Orang lain masih dapat menghidunya, ia adalah kerana anda sudah terbiasa dengan bau tersebut. Sama jugalah dengan lelaki yang sudah terbiasa menipu wanita!
Ringkasnya, sebagai wanita yang bijak anda mestilah berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan lelaki! Saya berharap artikel ini dapat membantu dan jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan untuk artikel seterusnya!
Rujukan Buaya Darat

30 Rahsia Perempuan yang Lelaki Perlu Tahu!
1.Bila sorang wanita mengatakan dia sdang bsedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sdang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu slps kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya smula sbelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang org yg paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yg patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dgn sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sdg keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita mmg sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dgn gadis yg sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dlm diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mumudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa..
Kahwin 13 Kali,Bertunang 10 Kali

KUALA LUMPUR: Kecewa apabila pertunangannya kali pertama diputuskan, seorang lelaki nekad membalas dendam terhadap wanita.
Berbekalkan ilmu hitam yang diamalkannya, dia sudah berkahwin 13 kali dan bertunang 10 kali. Malah, lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Zamri, 48, turut menjadikan pertunangannya sebagai cara mudah untuk mendapatkan wang.
“Mengikut adat kita, setiap pertunangan ada perjanjian. Jika lelaki minta putus, hanya perlu pulangkan cincin dan wang yang diberi, tetapi jika wanita yang minta putus, pihak wanita perlu mengembalikannya dengan jumlah sekali ganda.
“Daripada perjanjian itu, saya mendapat untung ‘atas angin’. Saya bertunang dan menggunakan ilmu yang ada supaya tunang membenci saya dan akhirnya memutuskan hubungan,” katanya.
Zamri berkata, biasanya ketika majlis pertunangan, dia memberi wang RM500 dan sebentuk cincin emas. Apabila pertunangan diputuskan pihak wanita, dia mendapat semula dua cincin emas dan RM1,000.
“Jika mendapat pasangan yang ‘melangkah bendul’ saya dapat untung dua kali ganda kerana si kakak turut membayar ganti rugi,” katanya.
Zamri berkata, dengan menggunakan taktik kotor itu dalam tempoh tidak sampai dua tahun, dia bertunang 10 kali dan mampu hidup senang.
“Bukan sukar mencari cincin dan wang pertunangan. Saya hanya menggunakan cincin dan wang daripada tunang terdahulu,” katanya.
Zamri berkata, dia mula mempermainkan wanita selepas ditipu seorang wanita yang juga tunangnya, kira-kira 30 tahun lalu.
“Ketika berusia 18 tahun, saya hampir berkahwin dengan tunang yang dipilih atas dasar suka sama suka.
“Bagaimanapun, tiga hari sebelum majlis perkahwinan kami, dia melarikan diri untuk berkahwin dengan orang lain. Ketika itu saya dan keluarga menanggung malu,” katanya.
Zamri berkata, kerana terlampau malu, dia melarikan diri dari kampung dan mula mempelajari pelbagai ‘ilmu songsang’, terutama ilmu menundukkan wanita semata-mata mahu membalas dendam.
Katanya, selepas puas bertunang dan mendapat duit dengan cara mudah, dia mencuba pula alam perkahwinan yang membawa kepada episod semua 13 isteri yang dikahwininya diceraikan.
Dia berkata, semua perkahwinan itu mengikut saluran betul dan disempurnakan di negara ini.
“Perkahwinan kali ketujuh yang paling lama bertahan iaitu 22 tahun, tetapi kami tiada zuriat. Saya hanya mendapat zuriat hasil perkahwinan pertama yang bertahan hanya dua tahun,” katanya.
Zamri berkata, sepanjang 13 kali berkahwin, tempoh perkahwinan paling pendek pernah dilaluinya adalah dua bulan 21 hari.
“Saya juga pernah berkahwin tiga kali dalam tempoh setahun dan tiga isteri itu duduk sebumbung dengan saya selepas menggunakan ilmu dimiliki,” katanya.
Ditanya apa menyebabkan dia menceraikan semua isterinya, Zamri memberitahu: “Semua melanggar syarat yang saya tetapkan.”
Katanya, ketika berkahwin dia mengaku menjalin hubungan dengan wanita lain dan pelbagai ‘bahan bukti’ perbuatannya tersimpan di dalam dompet dan diarinya.
“Makan, minum, pakaian dan segala kehendak isteri saya penuhi. Bagaimanapun, saya meletakkan syarat jangan buka dompet dan diari saya.
“Saya juga tidak mahu isteri banyak bercakap atau istilah mudahnya ‘membebel’. Semua isteri saya melanggar syarat itu, menyebabkan saya menceraikan mereka,” katanya.
Zamri berkata, selepas sekian lama melakukan ‘kerja gila’ itu, kini dia mengakui ‘letih’ dengan perbuatannya.
“Saya mula sedar, sampai bila saya mampu berkahwin dan kemudian bercerai. Justeru, saya menyimpan hasrat untuk menamatkan ‘kerja gila’ itu.
“Saya mahu menjalani kehidupan berumahtangga seperti orang lain. Saya mahu berkahwin buat kali terakhir dan berharap ia kekal hingga ke akhir hayat,” katanya.
Lelaki Kuat Temberang?

Seorang rakan baru-baru ini gelabah apabila teman wanitanya menemui anting-anting terselit di celah kerusi penumpang hadapan di dalam kereta yang dipinjamkan kepada kekasihnya itu. Berpeluh Adam (bukan nama sebenar) menjelaskan kepada buah hatinya bagaimana aksesori itu boleh berada di situ.
Adam yang teringat insiden keluar makan bersama rakan sepejabat, Linda (bukan nama sebenar) – gadis manis awal 20-an, ranggi, bergaya dan ‘free hair’, sehari sebelum ‘diserang’ teman wanitanya, pantas mencari alasan logik untuk menutup tembelangnya.
“Awak jangan fikir bukan-bukan, itu anting-anting milik adik perempuan saya, Sarah (bukan identiti sebenar). Tak percaya tanya dia sendiri,” kata Adam memujuk teman wanitanya yang mungkin mula curiga dengan sikap Adam.
Lucu, sebaik memutuskan talian telefon bersama kekasihnya, Adam pantas menekan kekunci telefon bagi menghubungi Sarah. Sudah tentu adiknya itu perlu dijadikan ‘pelakon tambahan’ dalam ‘menjayakan’ satu lagi episod ‘kantoi’ dalam hidup Adam.
Insiden Adam ini seperti biasa terjadi dalam kehidupan lelaki. Apakah lelaki sebenarnya kaki temberang seperti didakwa wanita? Mengapa lelaki cenderung menipu pasangannya? Apakah mahu mengelak krisis, lelaki lebih rela menipu dan memutar belitkan fakta sedangkan kadang kala, kebenaran yang cuba disembunyikan tidak memberi kesan buruk kepada hubungan andainya tembelang lelaki pecah?
Bukan semua lelaki suka menipu. Malah perbuatan menipu tidak baik diamalkan kerana ia tidak memberi kebaikan. Sindrom ‘bohong sunat’ misalnya, jika terus diamalkan, lambat laun akan terbongkar juga helah lelaki.
Tidak dinafikan lelaki kadang kala cenderung menipu kerana tidak tahan dengan bebelan dan syak wasangka wanita, lebih-lebih lagi jika perkara yang dibangkitkan pasangan dianggap remeh oleh lelaki.
Ada lelaki menipu tanpa niat. Bagi mereka, lebih baik tipu daripada teman wanita bermasam muka, naik angin atau mula bertengkar. Namun, dalam situasi seperti ini, bukanlah lebih baik lelaki menceritakan perkara sebenar? Jika pasangan saling mengenali diri masing-masing, sudah tentu segala prasangka atau andaian buruk dapat ditepis.
Mengulas isu lelaki dan kecenderungan menipu, pakar motivasi Dr H M Tuah Iskandar berkata, tabiat menipu sebenarnya bukan isu gender tetapi ‘masalah hati’ yang dialami semua manusia.
Sehubungan itu, tidak wajar jika ada pihak melabelkan sikap buruk ini sebagai sifat sesuatu gender. Contohnya, melabel golongan lelaki sebagai golongan yang suka menipu.
“Ramai juga wanita yang suka menipu. Saya sering menerima kes di mana lelaki mengadu bahawa mereka ditipu wanita. Cuma, kerana sifat ego yang dimiliki lelaki, tidak ramai yang mahu mendedahkan mereka sebenarnya pernah ditipu wanita.
“Sebab itulah kita lebih kerap mendengar kes lelaki menipu berbanding kes wanita sedangkan kecenderungan untuk menipu ini hampir sama antara lelaki mahupun perempuan,” katanya ketika dihubungi XY – Ikon Lelaki.
Kata Dr H M Tuah, ada beberapa faktor mendorong lelaki menipu. Dalam soal perhubungan misalnya, ada lelaki bangga apabila berjaya menjalin hubungan dengan ramai wanita.
“Mereka akan merasakan diri mereka ‘jaguh’ bila mampu berbuat sedemikian. Namun, untuk melindungi perbuatannya serta takut dipersalahkan, mereka selalunya akan menabur janji dan juga menipu wanita yang menjalinkan hubungan dengan mereka,” ujarnya.
Dr H M Tuah menambah, menipu juga boleh dianggap sebagai ‘bakat semula jadi’ kerana ia memerlukan daya kreativiti.
“Sesetengah orang yang suka menipu memiliki bakat ini. Ia bergantung kepada langkah pertama mereka untuk menipu. Jika penipuan mereka itu menjadi, mereka akan berasa seronok dan menganggap diri hebat dalam soal ini.
“Dari situ, mereka akan mengulangi perbuatan negatif ini sama ada pada waktu yang berkepentingan ataupun suka-suka. Tidak kurang juga yang seronok dan ketagih untuk menipu. Mereka tidak rasa bersalah melakukannya.
“Saya tidak setuju jika segelintir mengatakan mereka menipu demi untuk menyelamatkan keadaan atau tidak mahu sesebuah konflik berpanjangan. Perbuatan menipu sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah, bahkan membuatkan ia semakin teruk bila penipuan itu terbongkar,” katanya.
Dr H M Tuah berpesan, baik lelaki atau wanita, kedua-dua gender ini harus menjauhi amalan menipu kerana ia hanya mengundang sengsara.
Tepuk dada tanyalah selera…
Alasan tipu lapuk bagi lelaki…
# On the way – sedangkan baru menekan butang lif untuk turun dari pejabat.
# Kredit telefon bimbit habis – sedangkan tiada masa menghubungi kekasih.
# Jalan sesak – sedangkan kamu memang lewat.
# Over time – sebenarnya rakan-rakan mengajak menonton perlawanan bola sepak di kedai mamak.
# Mesyuarat – alasan mudah tidak menjawab telefon.
Oleh Shamshul Azree Samshir
Tuesday, August 18, 2009
Buaya Darat sekarang suka guna Cyber

Saya suka memerhati tindak tanduk buaya di Malaysia ni.Buaya ni pula ada kategori yang bijak,silent killer .Tapi ada pula mendabik dada menunjukkan kebuayaan pada wanita di luar sana.Ada gadis yang memang type dia suka lelaki buaya.Sebab mind set dia"Takper..suatu hari nanti akan berubah.".Itu cuma pemikiran kolot yang tidak boleh diterima lagi.Memang manusia akan berubah ..tetapi percent nya terlalu rendah.Jika kita sekuat dan sekental itu untuk menelan pahit sebelum mendapat madunya,silakan.Kalau tidak jangan bermain dengan api.
Saya melihat dunia IT dan kecanggihan cyber sebagai penyampai maklumat adalah medium yang paling cepat dan mudah untuk buaya bertindak.sebab itu tidak hairanlah jika buaya di sungai dah semakin kurang.Semuanya dah join forum forum dan internet untuk menerkam mangsanya.Jika mangsa yang sendiri menyerah diri,itu lain cerita.Dah tahu buaya masih nak tergedik -gedik.Tetapi kasihan pada gadis gadis yang naif.Yang percaya dengan sebulat hati tetapi hakikatnya,lelaki itu simpan 1,2,3, malah ada sampai 10.Saya memang salute la,kerana buaya ini mempunyai time management yang sangat bagus.Tahu bahagi masa dan kasih sayangnya sampaikan bisa mengaburi mata mata gadis ini.Buaya tetap buaya.Single atau berkahwin ,jika dia sudah jadi buaya,dia akan jadikan kelakian dan kegoaannya mengatasi segalanya.Malah ada di antara berlatarbelakangkan agama yang sangat kuat ,juga boleh menjadi buaya yang terhebat.Itulah keleibihan mereka.Saya memandang kes ini sebagai suatu yang agak serius apatah lagi untuk lelaki melayu.Sebelum dapat keluarlah ayat bunga,ayat jiwang yang saya rasa nenek pun boleh cair......Tapi bila dah dapat,keluar air mata darah sekalipun,dia ludah je.No felling.Bagi dia perempuan tu dah terlalu murah.Dan menangis lah perempuan tu kesorangan.Inilah buaya.
Kekadang dalam hati saya terdetk,"seronokkah menjadi buaya?"Tidak takutkah dengan AIDS?Itu untuk mereka yang sampai bawa pasangan sampai ke rajang.malam lain,malam esok lain,dan malam seterusnya semua lain lain.Seronok ker kita buat makhluk Tuhan yang lemah ini sewenangnya.Dan apa untung yang sebentar,tapi dosa berlimpah ruah.Jika cinta,jika sayang kahwinilah dia sebgai pemilik yang sah.Setia lah pada yang satu.Nak lebih dari satu pun takper,tapi kahwinilah dia,Bukan diberi janji janji kosong.Akhirnya dibiarkan terkapai.Buaya oh Buaya!Orang tak nampak,tak tahu tapi Allah nampak...Allah tahu....
wassalam.
Kenapa Suami Curang?

Petikan dari Artikel
Biasanya apabila orang ada anak, mereka hendakkan anak mereka membesar menjadi orang baik-baik. Jika anak mereka berjaya di dunia dan akhirat, mereka akan bergembira. Jika anak mereka tiba-tiba masuk pusat serenti, terlibat dengan maksiat dan sebagainya, sudah tentu mereka akan kecewa dengan anak dan sedih dgn diri sendiri.
Begitu juga mereka yang telah berumahtangga. Sebelum berkahwin, mereka hanya mengharapkan kebaikkan. Selepas berkahwin, ada yang menemui kebaikkan, ada yang sebaliknya. Kasihan mereka yang sebaliknya.
Berbeza dengan soal zuriat. Baik atau buruk, tetap zuriat. Sedangkan pasangan hidup boleh bercerai atau berganti. Nabi berkata, “Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagian yang paling bengkok ialah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah. Tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok. Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik”[1]
Sekiranya seorang suami berkeras dalam membentuk si tulang rusuk untuk lurus mengikut kehendaknya, ia akan patah. Di dalam keadaan lain, sekiranya si tulang rusuk berkeras tidak mahu lurus, walaupun dibentuk dengan lembut, ia juga akan patah.
Patah bererti penceraian atau mencari yang lain. Jadi, ini faktor kedua-dua pihak. Apabila suami mencari kasih lain, isteri ada salahnya.
Hanyasanya para isteri kurang merenung. Hanyasanya terdapat segelintir para isteri sebenarnya tidak tahu menjadi isteri, kebanyakkannya hanya menjadi isteri ikut-ikutan. Ikut cara wanita lain menjadi isteri. Ikut cara wanita lain menjaga suami. Bukan mengikut kehendak suami sendiri.
Padahal wanita yang diikut itu melayan suami berdasarkan kehendak suaminya. Secara tak langsung, si isteri telah mengikut kaedah lelaki lain. Apabila kita mengikut cara ketua lain, sudah tentu ketua yang sedia ada akan mencari pengikut baru.
Rasulullah mencintai Siti Khadtijah. Lelaki mana tak sayang isteri jika isteri mereka seperti Siti Khadtijah. Jika kita study sirah Nabawi, kita akan nampak bagaimana Khadtijah begitu taat dan sokong nabi. Sanggup buat apa sahaja. Bergolok bergadai mempertahankan nabi. Sampai diri sendiri jadi “zero”. Bayangkanlah perasaan seorang wanita yang pernah dua kali kematian suami, jika bersuami, sudah tentu mereka akan hargai. Berbeza dengan para isteri first time kahwin, belum lagi merasa kesusahan hidup bersendirian.
Nasihat saya, jika anda ingin suami anda menyayangi anda seperti mana nabi menyayangi Khadtijah. Contohilah kaedah bagaimana Khadtijah menjadi isteri.
Jangan lupa, nabi berpesan, “Sekiranya aku menyuruh manusia sujud kepada manusia lain, tentu aku perintahkan isteri sujud kepada suaminya.” [2] Berapa ramai wanita yang sanggup menyembah suami mereka? Berapa ramai wanita yang ingin suami menyembah mereka?
Wallahu’alam.
Kisah Benar-Apabila Hati Sudah Mati

Petikan dari email.
Kisah benar untuk dijadikan renungan terutama bagi lelaki. Setiap yg Allah swt kurniakan tak kira sempurna atau tidak pada pandangan mata kita, ia adalah anugerah, amanah yg tak terhingga nilainya. Isteri dan anak untuk disayang sampai bila2, bukan utk dibuang bila dah "tak berguna"..
Ini cerita pasal rakan baik saya.
Wife dia kena barah buah dada....dia dah mula cari spare tayar, dapat pula student ipta..muda lagi. wife dia kena buang sebelah buah dada...kawan saya ni dah geli utk bersama dengan wife nya.Bln 12 tahun lepas kawan saya kawin dengan 2nd wife dia yg baru umur 21 tahun....
Masa cuti thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wife no.1 dan yg paling kejam...wife no.1 kena keluar dari bilik master bedroom..untuk kasi laluan kat wife no.2...kejam kejam.Saya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yg halau wife no.1 keluar bilik, walaupun tindakan dia kawin tu..saya tak kisah sangat...tapi jauh di sudut hati saya...memang terasa kejam...sebab wife dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya.
Masa thaipusam tu, saya sempat lah cakap dgn dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah- we all sama2 beli rumah masa bujang. Sayacakap sampai hati dia buat camtu kat wife no.1, kawan saya marah saya balik,hal rumahtangga dia, saya jgn campur..dah kena camtu....saya malas lah nak bertekak.Saya ada gak suruh dia asingkan dua dua isteri...dia tak nak...dia kata
payah dia nak berulang alik. lantaklah... ..biar tuhan je balas di atas perbuatan kejamnya ke atas wife no.1.
Kawan saya tu sebaya gan saya umur 35 tahun, wife no.1 kawan saya tu umur 39 tahun. Tua dari kawan saya tu. Masa kawan saya belajar dulu...memula dia dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat....wife dia dah kerja sebagai operator kilang...so wife no.1 tu banyak support study kawan sayatu...lepas tu dah jodoh dia orang kawin.Mungkin sebab perbezaan umur yg perempuan lebih tua, menyebabkan kawan saya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap... tapi yg buat saya
bengang...ade ke...kawan saya tu....selalu pujuk saya sampai lah ni supaya jadi cam dia...cari no.2... tak sampai hati saya nak duakan isteri tersayang saya tu.
saya memula tak tahu gak yg kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggal sama ngan wife no. 1 masa thaipusam..tapi bila saya dengar kecoh dari rumah sebelah...saya jengoklah... saya nampak kawan saya tengah campak baju2 wife no.1 dari balconi....wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu.Kat bawah...saya tengok...anak2 dia yg 4 org tu dgn maid...menangis2 pungut baju mak dia...kawan saya menjerit2 dari atas balconi..cakap. ..
"Kau org cakap gan mama kau...kalau nak papa jaga sampai mampus...jgn lawan cakap papa..."
Tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak2 dia bila dengar papa dia cakap camtu.Anak anak no.1&2 perempuan, 3 & 4 lelaki. saya rasa tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu...so...seronokla h dia berendam & mandi sama2 gan wife no.2 dalam jacuzzi tu. Saya ingat lagi..saya dengan kawan saya tu...sama2 pi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing2 dulu.Maaf lama saya nak sambung cerita kawan saya nie. Ini kerana saya sibukmenguruskan urusan pengebumian, dan kenduri aruah wife no.1 kawan saya
tu.
Arwah baru je meninggal dunia pada hari sabtu 25/1/03...sedangkan suaminya - rakan baik saya tiada di malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 ke France. Rakan saya sudah berlepas pada malam 24/1/03 lagi.Apabila saya balik rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airport
changi, Maid arwah call mengatakan yg arwah mengalami sesak nafas.Saya kelam kabut ke rumah sebelah utk bawa arwah ke hospital.Sebelum arwah pergi kehospital.. .dgn kepayahan arwah mencium dua anak kembarnya(no.3,4) yg berusia 3 tahun yg sedang tidur. Arwah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yg berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin arwah dah tahu yg dia akan pergi.
Hanya saya dan maid arwah sahaja yg menghantar arwah ke hospital. Wife saya menunggu di rumah rakan saya. Beberapa kali masa dalam perjalanan arwah berpesan kat saya supaya tolong tengok2 kan anaknya.Saya masa tu hanya menginggalkan pesanan sms kat rakan saya yg isteri
sakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abg aruah yg berada di Kluang supaya datang segera .aruah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak& ayah arwah sudah tiada.Masa kat hospital, arwah sempat berpesan dengan doktor, jgn lakukan
rawatan yg teruk2 kerana dia dah nak pergi...memang sedih masa tu. dah puas saya menangis dua/3 hari ni.
Masa abg aruah sampai dari kluang ke hospital...arwah masih dalam bilik rawatan.Abg arwah terlampau geram bila tahu adik iparnya pergi melancong. Masa tu aruah dah koma dan tak lama lepas tu, arwah pergi dengan tenang. Dan abg arwah yg membuat keputusan agar jenazah aruah segera di kebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya.Saya dengan abg arwah yg sibuk menguruskan urusan utk mengeluarkanjenazah.Banyak perkara saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital utk pengeluaran jenazah dan juga urusan2 lain.
Alhamdulilah utk urusan pengembumian jenazah,jawatankuas a masjid telah banyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelian peralatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. Satu malam saya dan abg aruah tidak tidur.dalam pukul 10 lebih 25/1/03 pagi barulah jenazah aruah dapat di bawa kerumahnya dan selepas zuhur jenazah aruah selamat di kebumikan.
Suami arwah hanya menelefon semasa jenazah aruah di bawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian, dalam kepala saya masa tu tak de fikir utk marahkan rakan saya tu, hanya yg terlintas utk selesaikan urusan pengebumian sahaja.Masa jenazah dirumah anak2 arwah yg no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada, tapi yg kembar tu..sibuk tanya kenapa mama tidur kena tutup.Sedih sgt saya. saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap...tapi airmata saya meleleh juga.Saya kenal arwah masa saya form 4 di MRSM, masa tu saya saya dan rakan saya sama2 belajar di MRSM. Masa form 4 lah rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan arwah yg selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas spm, we all dapat tawaran ke USA. setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari aruah kak zai tidak kurang dari $100 USD.
Masa pengebumian saya antara yg menyambut jenazah dari dalam lubang kubur utk diturunkan ke liang lahad. Saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa arwah sedang menenung saya, sedih masa tu.Masa urusan pengebumian tu, anak2 aruah yg kembar hanya memandang sahaja.Tetapi bila tanah di kambus, barulah yg kembar tu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya.
Suami aruah akan kembali pada hari rabu 29/1/03,dan sehingga hari ni,setiap malam ke empat2 anak aruah tidur bersama sama saya.Mereka rindukan aruah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan budak2 tu selalu je mengigau bila tidur panggil mama...mama. ..mama... dan saya terpaksa memujuk dgn mengatakan.. .senyap2 sayang...papa ada...dan saya berharap agar allah..berikan hidayah kat rakan saya tu...supaya dia sedar akan kekejaman dia dan ALFATIHAH lah kiriman kita semua yg masih bernafas dibumi ini untuk arwah kak zai...
10 Signs Your Man is a Playa
A Man May be a Playa If:
He makes jokes about his wild ways. When I once asked someone what the "T: of his middle initial was for he said: "Trouble." He was right! He broke my heart in pieces not too long after. It was like a professional hit. He called on a Wed. night and said he wanted to build a life with me and then stood me up for our dinner date on Saturday night. I never heard from him again!
He has multiple Yahoo and Hotmail e-mail and IM addresses. He is a playa on the net.
He gets details wrong about things you have told him repeatedly. This is a sure sign he's got too much information coming in from tooooo many women.
He never listens to his phone mail messages in front of you.
He only calls you from work; never from home (he may be married).
He drives a car that attracts a lot of attention. Flamboyant men often crave excess attention, and the sexual opportunities it offers.
He calls you babe all the time instead of your name. Maybe he can't remember your name?? He sometimes calls you a name that is incorrect.
He forgets your birthday or other important events.
He lies a lot. You catch him in small lies and wonder if he's lying about more important issues too.
He is a dandy. He favors extremely expensive clothing, brags about how much it costs and gets haughty if you don't compliment him on his looks and attire frequently.
Monday, August 17, 2009
Bukan berdendam sekadar renungan...

Tiada sebab saya nak berdendam dan menyimpan marah.Mungkin pada sesetengah wanita mereka tidak sanggup untuk ke hadapan menceritakan masalah yang dihadapi,sebagai teman saya jujur untuk mengingati adik adik saya,dalam dunia serba canggih,banyak yang berdusta dari yang mencari dan menyampaikan kebenaran.Kerana dalam dunia cyber,yang berbohong lagi ramai daripada yang jujur.Tetapi tidak semua,cuma harus lebih berhati hati termasuklah kepercayaan pada lelaki.Bila saya tujukan pada kaum adam,ternyata ada kaum adam yang juga mengeluh.."Bagaimana pula kami yang ditipu".
Lelaki kan seharusnya bijak.Sebagai ketua keluarga dan pemimpin Allah berikan kelebihan akal untuk lelaki mengusai nafsu sendiri.Berbeda dengan wanita yang sememangnya lemah.Yang tertindas dan ditindas semakin hari semakin ketara.Malah maruah wanita sudah diinjak.Apabila timbul anak gadis yang menjadi isteri kedua,keluarlah suara suara lelaki yang mengeluh juga,"Macam lah takder lelaki bujang".Kadang kala perempuan itu lebih cerdik.Dia tahu pilihan hidupnya.Dia tahu kadangkala perkongsian itu lebih baik daripada kita hidup asyik makan hati.Terpulang pada setiap individu untuk membuat penilaian.
Sesungguhnya wanita ciptaan Tuhan adalah anugerah yang terindah.Hargailah dia,sayangilah dia kerana wanita jugalah lahir makhluk Tuhan yang lain.Rahim seorang ibu hanya berdoa anak yang dilahirkan menjadi makhluk Tuhan yang menjaga kepribadiannya,akhlaknya,serta membela nasib hamba hamba yang lain.Bukan dinjak-injak,ditutup mulut setiap kali bersuara untuk membela nasib mereka.Tetapi sejauh mana pendekatan kita untuk melihat aspek ini sebagai suatu masalah sosial yang melanda masyarakat kita.Yang kita tahu,jika sudah terlanjur ,melahirkan anak luar nikah,wanita jugalah yang dipandang jijik.Wanita jugalah yang dipandang kotor.Sebaliknya lelaki itu bermahajela lepas dari tanggungjawabnya.Hakikatnya bagaimana semua ini berlaku harus bermula dari kedua dua..tapi bila salah ,satu pihak saja yang menanggung.Di manakah kewajaran ini?Tepuk dada tanya selera.
Kisah Teman jadi Tauladan
Saya cuma berkongsi cerita ini kerana saya bersimpati pada seorang teman saya... Hamba Allah.Saya dah lama tak ctc dia hampir7 tahun sejak saya meninggalkan zaman sekolah.Dan mugnkin dengan izin Allah saya bertmu dengan dia sewaktu saya di airportsedang menunggu di balai perlepasan.Dia menegur saya dan pada awalnya saya tidak cam langsung,tapi kemudia setelah dia perkenalkan diri baru saya kenal siapa dia.Dia merupakan salah seorang teman baik saya sewaktu di sekolah.Saya tahu dia seorang budak yang berakhlak baik,keturnan baik baik dan saya kenal latar belakang dia.Alanglkah terkejutnya saya apabila dia memberitahu dia sudah mempunyai anak berusia 4 tahun dan sedang dijaga oleh org tua dia."dah kawin ke?"saya tanya.Dia geleng perlahan tunduk malu.Patsu saya tengok ada air mata bertakung kat mata dia.saya peluk dia dan saya tanya perlahan.dia jawab... dia telah ditipu oleh teman lelaki dia sehingga dia mngandung dan kemudiannya ditinggalkan."mana lelaki tu?" ..dia jawab"Dah berkahwin dengan perempuan lain."saya istigfar kejap.Dan dia ceritakan pada saya bagaimana susahnya dia kandungkan anak dia seorang diri dan ketika itu dia masih menuntut di IPTA.Dia dibuang oleh keluarga .,dimaki hamun oleh saudara mara dan dia menjaga anak itu dan beranak pun dia ergi sendiri ke hospital.Sampailah anak itu selamat dilahirkan... ... sungguh kejam lelaki itu.
Kemdudian dalam flight,kita sambung balik perbualan..saya tanya di mana lelakii itu setelah berkahwin.dia jawab"elaki itu berkahwin cuma setahun dan kemudian bercerai dengan isteri dia."dan sambung dia lagi menurut dari sumber kawan kawan,dia bercerai kerana isteri dia curang berzina dengan lelaki lain. Saya geleng kepala sekali lagi.Terus terdetik dalam hati saya... .inilah sebenarnya kehidupan.Allah balas perbuatan kita menganiaya kaum lain,terutama kaum hawa ,Allah akan balas dengan balasan yang setimpal dengannya.
Walaupun teman saya itu bukan beragama islam tetapi lelaki yang membuatkan dia mengadung adal;ah lelaki islam..Tapi saya tetap memandang kes yang berlaku sebagai sesuatu yang serius melanda masyarakat kita.Kemduain kami berbual pjg,Kemudian saya anya dia aper perancangan dia di masa depan..Dia senyum.,dia jawab."saya nak memeluk islam."saya terkejut kemudian saya sendiri yang keluar air mata.Satu khabar yang cukup gembira."awak tidak berdendam dengan lelaki islam?"saya tanya... dia jawab."Tiada satu agama pun yang mengajar kita buat salah.Saya masuk islam ikhlas dan saya sudah biasa dengan kawan kawan islam."Saya akhiri pertemuan dengan tanya kembali.."Nak berkahwin ?"dia tunduk... "Sudah cukup sekali saya ditipu dan dipermainkan,biarlah saya besarkan dulu anak saya sehingga berjaya."
Semoga kita sama sama mengambil iktibar... ... .
Citra Lelaki Dulu Dan Kini -Analisis Teori Relevans

Tiada siapa sedar,orang itu buaya darat.Tiada cop atau simbol menunjukkan siapa dia buaya darat.Mungkin juga buaya itu seoerang lelaki yang sangat tampan dan rupa yang bisa mencairkan,juga mungkin juga lelaki yang tak mempunyai rupa tapi amat suka untuk bertukar tukar pasangan.Pelbagai jenis buaya darat yang ada di Malaysia.
1)Golongan pertama-Suami orang yang pasang skandal 1.2.3
-Ini hak awak..sebab dalam Islam pun tak salahkan lelaki utk kahwin daripada 1.Dan saya tak salahkan you all jika betul dan ikhlas niat nak cari isteri,tapi bukan ditipu dan dipersendakan.Janji akan kahwin,tapi sentuh pegang dan rosakkan... ... Itukah yang cuba korang katakan sebagai niat ikhas utk memperisterikan.Dan pada perempuan sahabatku,Rini tahu ada lagi yang dalam ni masih nak mempertahankan buaya ni beranggapan buaya buaya ni akan berubah atau betul nak beristerikan dorang... ... ..percayalah rini.Jangan digadai maruah mu dik hanya kerana mahu mendapatkan secebis kasih dari mereka.Sejahat mana pun lelaki dia tak akan mempeisterikan wanita yang dah dirosakkan.So adik sendirilah bijak utk menentukan masa depan.Allah kan maha pengampun.Ayah rini selalu bilang... lelaki ni dah biasa makan taik sampai bila pun makan taik... sayanglah diri kita sebelum kita bagi sayang kita pada yang sewajarnya.Sungguhpun melupakan mereka sangat menyakitkan,tapi lebh sakit lagi kita behadapan dengan Tuhan nanti.
2)Golongan kahwin mengaku single
-trend kuno.Tapi masih ramai lagi golongan ni.Sellaunya mereka ni mempunyai paras rupa yang susah nak detect dah kawin.Pada mereka yang dah rupa kawin tu..terpaksalah jadi golongan yang pertama.Pada golongan ni,jgnlah disakiti isterimu,Merekalah anugerah Tuhan..setiap kali u all berbohong..dah kawin mengaku single.Nanti Allah bagi awak single sampai bila bila.Fahamkan maksud saya?Banyak dah kes mcm ni berlaku.Sebab isteri setiap kali doa,dia akan doa moga Allah lindungi suami dia..dari segala perkara yang tidak baik.Tapi suami yang buat benda tak baik.Tengoklah wajah isteri,tengok lah anak anak perempuan u all... .sanggupkah anda melukakan hati mereka?Allah bagi akal dan hati,fikirkanlah..jika sayang mereka,sayanglah seikhlasnya.Jika benci,lepaskan mereka jgn aniaya mereka.
3)Golongan single dan pasang banyak banyak.
Takper ..anda masih tak terikat pada sesiapa.Takder lagi tanggungjawab lain.Nak berkawan rami ramai tak salah.Kawan jer..jgn pula sampai sentuh sana sentuh sini.Kwan ler dengan ikhlas.Allah pasti bagi kita ganjaran yang lebih baik.Sayangilah kawan kawan kita.Jika mereka terbabas pandulah mereka ke jalan yang lebih baik.Anggaplah kawan kawan perempuan umpama adik adik kita.Takkan seorang abg sanggup tgk adik dia dirosakkan... takder panduan hidup.betul tak?Kalau anda jaga kehormatan anda dan kawan anda..saya pasti Allah selamatkan hidup anda dan lindungi keluarga awak dari segala kemungkaran.
4)Golongan ke 4-Dah kahwin nk cukupkan kuota
Kes ni jarang jarang berlaku.Jika berkemampuan tak salah.Niat pun nak menyelematkan kaum hawa kat dunia ni.Tak salah pun..Biar niat ikhlas dan mampu.Tapi jangan plak sampai 4.kemudian ada plak isteri extra 5.6.7.tu dah jadi penganut ayah pin.
5)Golongan ke 5-Bekas duda yang nak cari mangsa
Yang ni golongan nya sedikit complicated la.Sebab dorang sendiri ragu ragu dengan bayang bayang sendiri.Mungkin dendam pada bekas isteri,buatkan mereka pandang perempuan semua sama.Dan ada juga sebab dorang dah pernah rasa kahwin,dorang tak suka komitmen dan terus nak status duda sampai bila bila.Nak fikir apa kan?anak dah ada... isteri tak halal pun ramai... enjoy..la.duit pun banyak.tapi lupa,dosa pun banyak.Pada golongan ni,rini sarankan jumpa pakar psikologi.Mungkin ada wayar harus diperbetulkan.Kot kot ada yang longgar.Inilah qada dan qadar.semuanya ketentuan Allah bang.Lupakan yang lama binalah hidup bersama sekali lagi.


