
Tiada sebab saya nak berdendam dan menyimpan marah.Mungkin pada sesetengah wanita mereka tidak sanggup untuk ke hadapan menceritakan masalah yang dihadapi,sebagai teman saya jujur untuk mengingati adik adik saya,dalam dunia serba canggih,banyak yang berdusta dari yang mencari dan menyampaikan kebenaran.Kerana dalam dunia cyber,yang berbohong lagi ramai daripada yang jujur.Tetapi tidak semua,cuma harus lebih berhati hati termasuklah kepercayaan pada lelaki.Bila saya tujukan pada kaum adam,ternyata ada kaum adam yang juga mengeluh.."Bagaimana pula kami yang ditipu".
Lelaki kan seharusnya bijak.Sebagai ketua keluarga dan pemimpin Allah berikan kelebihan akal untuk lelaki mengusai nafsu sendiri.Berbeda dengan wanita yang sememangnya lemah.Yang tertindas dan ditindas semakin hari semakin ketara.Malah maruah wanita sudah diinjak.Apabila timbul anak gadis yang menjadi isteri kedua,keluarlah suara suara lelaki yang mengeluh juga,"Macam lah takder lelaki bujang".Kadang kala perempuan itu lebih cerdik.Dia tahu pilihan hidupnya.Dia tahu kadangkala perkongsian itu lebih baik daripada kita hidup asyik makan hati.Terpulang pada setiap individu untuk membuat penilaian.
Sesungguhnya wanita ciptaan Tuhan adalah anugerah yang terindah.Hargailah dia,sayangilah dia kerana wanita jugalah lahir makhluk Tuhan yang lain.Rahim seorang ibu hanya berdoa anak yang dilahirkan menjadi makhluk Tuhan yang menjaga kepribadiannya,akhlaknya,serta membela nasib hamba hamba yang lain.Bukan dinjak-injak,ditutup mulut setiap kali bersuara untuk membela nasib mereka.Tetapi sejauh mana pendekatan kita untuk melihat aspek ini sebagai suatu masalah sosial yang melanda masyarakat kita.Yang kita tahu,jika sudah terlanjur ,melahirkan anak luar nikah,wanita jugalah yang dipandang jijik.Wanita jugalah yang dipandang kotor.Sebaliknya lelaki itu bermahajela lepas dari tanggungjawabnya.Hakikatnya bagaimana semua ini berlaku harus bermula dari kedua dua..tapi bila salah ,satu pihak saja yang menanggung.Di manakah kewajaran ini?Tepuk dada tanya selera.

No comments:
Post a Comment