Jawapan ikhlas dari lelaki yang menipu perempuan
Sedar atau tidak dalam hidup ni mesti ada sekali atau dua atau lebih seorang perempuan ditipu oleh lelaki. Tak pernah?? Hm.. kalau macam tu bagus la tapi walau macam mana pun perempuan kena berhati-hati.
Sudah banyak buku ataupun tips yang telah ditulis berkaitan dengan sifat lelaki menipu, namun begitu kebanyakan daripadanya adalah hanya daripada andaian penulis sahaja dan buku-buku itu ditulis berdasarkan pendapat wanita-wanita yang pernah ditipu. Kali ini saya sendiri akan menyelongkar rahsia di sebalik lelaki dan artikel ini berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai seorang lelaki yang suka menipu dan artikel serta buku-buku lain yang dibaca.
Apa yang membuat lelaki menipu? Seorang kaunselor perkahwinan M. Gary Neuman dalam bukunya “The Truth About Cheating” telah menemuramah sebilangan 200 lelaki yang mengaku seringkali menipu wanita dan yang jujur dengan golongan hawa ini. Dan antara keputusan kajiannya adalah seperti yang berikut:
66% lelaki berasa bersalah dengan penipuan mereka
Bukan semua mereka yang menipu dalam perhubungan itu merupakan golongan yang tidak setia atau sebagainya. Sebilangan besar golongan ini sebenarnya berharap mereka tidak pernah menipu pasangan mereka. Namun begitu mengikut Neuman rasa bersalah seorang lelaki tidak akan menghalang mereka daripada menipu. Hal ini kerana lelaki memang pandai dalam menyembunyikan perasaan mereka. Menurut Neuman lagi, “lelaki dapat memendamkan perasaan mereka dan mereka dapat berlakon dengan baik di hadapan wanita”. Jadi walau bersumpah macam mana pun seorang lelaki mengatakan dia tidak menipu, janganlah menganggap bahawa ia tidak mungkin terjadi!
77% lelaki yang menipu berkawan baik dengan lelaki yang suka menipu
Lelaki yang berkawan dengan lelaki lain yang suka menipu teman wanita mereka secara semulajadi akan terbiasa dengan perbuatan menipu wanita. Bayangkan anda ada membeli pewangi terbaru, pertama kali memakainya bau minyak wangi tersebut semerbak harumnya. Namun, setelah beberapa ketika baunya akan hilang. Adakah keharuman minyak wangi itu sudah hilang? Tidak! Orang lain masih dapat menghidunya, ia adalah kerana anda sudah terbiasa dengan bau tersebut. Sama jugalah dengan lelaki yang sudah terbiasa menipu wanita!
Ringkasnya, sebagai wanita yang bijak anda mestilah berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan lelaki! Saya berharap artikel ini dapat membantu dan jangan lupa tinggalkan komen atau cadangan untuk artikel seterusnya!
Wednesday, August 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment